Buat Duit Jual Kincin Pun Boleh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat duit jual kincin sulaman benang boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan.  Ramai yang tidak menyedari aktiviti ini ada masa depan yang agak cerah. Yang mampu menambah pendapatan secara tidak disedari. Tambahan pula kos sara hidup hari ini mendorong seseorang itu untuk melakukan lebih satu kerja.

buat duit jual kincin

Boleh jer buat duit jual kincin ni…

Disebabkan itulah mereka semua rajin mencari sumber kewangan yang banyak untuk keluarga. Dan salah satu pekerjaan yang boleh anda lakukan ialah buat kincin sulaman benang dan menjualnya pada harga yang berpatutan.

~~~> Dapatkan Pakej Lengkap Membuat Kincin Sulaman Benang

Aktiviti menjual kincin kebanyakannya dimonopoli oleh anak-anak remaja. Manakala yang dewasa pula tidak gemar untuk menjalankan perniagaan ini.

“Ini budak punya kerja…”

Jangan sesekali berprasangka macam tu. Orang dewasa pun boleh menjana sumber kewangan dengan aktiviti macam ni. Malah peratusan untuk orang dewasa mengaut keuntungan adalah lebih tinggi.

Kebanyakannya segan, takut dikritik, malas dan sebagainya alasan yang diberikan.

Saya berjaya menjual dan mengambil tempahan melalui adik-adik saya yang masih bersekolah, dan saya juga memberikan komisen kepada rakan-rakan adik saya yang membantu menjual dan mengambil tempahan untuk saya. Jadi saya tidak mempromosikan di blog ataupun fb sebab saya takut tidak mampu mengambil tempahan banyak-banyak kerana tak menang tangan dengan tempahan sekarang…

Hani Hamdan

Sepertimana kata pepatah belum cuba belum tahu. Bila dah cuba, barulah boleh cakap itu, cakap ini. Cerita tentang menjual kincin mengingatkan saya kepada zaman sekolah menengah dulu.

Ada seorang kawan perempuan. Beliau sangat rajin mencari duit sendiri. Ada kala menjual kuih seperti karipap dan donat. Ada ketikanya juga gigih menjual kincin.

Desakan hidup telah menjadikan beliau seorang peniaga secara kecil-kecilan. Maklum sahaja. Pelajar sekolah bukan ada banyak masa untuk menguruskan jualan.

Sasaran pembeli ialah cikgu dan pelajar-pelajar asrama.

Jauh panggan dari bara. Apa yang saya jangkakan meleset sama sekali.

Ternyata permintaan terhadap kincin untuk dijadikan cenderahati dan tanda ingatan telah melariskan jualan pelajar tersebut. Ada ketika, permintaan datang bertubi-tubi. Lebih laris daripada menjual karipap dan donat.

9/10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Apa salahnya kita ambil peluang ini. Sangat digalakkan.

Anda surirumah sepenuh masa?

Anda ada anak dibangku sekolah?

Anda ada ramai kawan?

Inilah peluang anda untuk membuat dan menjual kincin sulaman benang sekaligus menjadikannya hosi yang menghasilkan wang.

Boleh tengok video tentang pakej ini di ~~~> Laman Sulaman Kincin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge