Cara Buat Duit Part Time

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat pagi buat semua rakan pembaca blog Pondok Papan. Terima kasih kerana sudi singgah membaca di blog yang tak berapa nak hebat ni. Blog yang tak popular di tambah pula dengan blogger yang tak hebat, macam ni lah jadinya. Blog pun update seminggu sekali. Walau apa pun keadaannya, pendirian masih lagi sama.

stance
Kredit : Google

Mahu berubah kearah kehidupan yang lebih baik. Mahu berubah dari miskin menjadi kaya. Mahu berubah dari orang bodoh kepada orang cerdik serta insan yang pandai mengambil peluang. Kaya tak semestinya berkaitan dengan wang ringgit. Tinggi dengan ilmu dan adab juga dipanggil kaya. Kaya budi bahasa. Hehe.

Ok dalam artikel ni, saya nak kongsikan dengan anda semua cara buat duit part time. Saya bukanlah pandai sangat nak kongsikan hal-hal buat duit ni. Namun tak salah sekiranya saya kongsikan apa yang saya tahu. Mungkin daripada pembacaan artikel ni, anda akan dapat idea. Idea anda itu, anda akan kongsikan di ruangan komen di bawah dan komen itu saya harap boleh menjadi panduan pada rakan pembaca yang lain.

Cara buat duit part time :-

1. Melalui program affiliate.

Program affiliate sekarang ni dah banyak. Daripada banyak sumber tu, saya hanya berjaya menjana pendapatan daripada program Jobdirumah ni jer. Affiliate lain yang saya sertai, terpaksa kena tangguhkan dulu atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Cish bunyi macam hebat jer saya ni kan. Haha. Tak salah berangan sebab dari angan-angan itulah idea akan terhasil.

Saya masih baru dalam program jobdirumah ni. Alhamdulillah berkat hasil usaha, akhirnya saya dapat sedikit wang saku. Kerjanya amat mudah. Tak penat dan tak memerlukan modal yang besar. Ada internet, ada kemahiran menaip, ada laptop, ada masa dan berani tanggung risiko, anda akan berjaya. Caranya, anda kena daftar sebagai pencari kerja di laman jobdirumah. Kemudian hasilkan sedikit artikel berkenaan dengan jobdirumah. Apa yang penting, artikel yang anda hasilkan itu mestilah mampu enambat hati pembaca.

–>> Daftar Program Jobdirumah Sekarang.

Alhamdulillah, saya baru dapat komisen dari program jobdirumah ni. Perasaan saya semasa mendapat komisen tersebut memang tak boleh nak digambarkan. Gembira yang teramat. Hehe. Biasala ni kali pertama saya buat duit melalui program affiliate ni.

–> Contoh Review Program Jobdirumah

2. Sentiasa membuat blogwalking.

Antara kelebihan yang akan anda perolehi semasa membuat blogwalking adalah dapat duit dan pelawat. Saya tahu mereka yang buat blog, mesti ada impian untuk buat duit kan. Blog pondok papan, jumlah kunjungan pelawat amatlah sedikit. Tak sampai 20 orang dalam sehari. Serius, inilah akibatnya sekiranya kurang membuat blogwalking. Lebih kurang macam blog syok sendiri pula.

cara buat duit part time
Kredit : Google

Sumber duit pula, apabila anda buat blogwalking, anda akan jumpa satu dua blog yang ada ayat macam ni dekat sidebar tu.

“Insentif tunai RM30 untuk Top komentator bulanan”

Hehe. Ini ayat saya copy dalam blog akubiomed.com. Kalau anda rasa nak duit percuma, kerja tak penat, saya rasa anda patut terjah blog beliau. Hari ke hari. Ada lagi rakan blogger lain yang buat kerja macam ni. Pendek kata, anda kena rajin buat blogwalking. Selain daripada yang saya sebutkan diatas, ada jugak rakan blogger yang buat giveaway. Hadiah top up, duit, cenderahati dan segala benda lagi.

3. Berniaga melalui blog

Berniaga melalui blog ni, memang banyak kebaikannya. Satunya, anda tak payah berpenat lelah mencari pelanggan. Jumlah kunjungan dalam blog anda tinggi, ini satu kelebihan. Keduanya boleh kurangkan aliran wang keluar. InsyaAllah, kalau diberi peluang dan kekuatan, saya akan berniaga secara kecil kecilan melalui blog pondok papan. Tak banyak produk untuk dijual. Setakat ni saya hanya menjual pendrive sahaja. Itupun pendrive 8GB dan 16GB.

Cara saya buat, pertama saya cari pembekal yang dapat menawarkan harga yang murah. Kedua, saya cari pelanggan. Nak cari pelanggan ni tak susah. Paling malas pun, anda buat promosi melalui akhbar. Kos pun tak banyak. Sekiranya anda hanya tertumpu pada promosi macam ni, hasilnya kurang sikit. Kalau nak maju, kena banyak berusaha. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Sekiranya anda ada kemahiran menjahit, blog merupakan satu paltfon yang boleh mengembangkan lagi kedai jahitan anda. Sekiranya jahitan anda kemas, cantik dan harga berpatutan, saya rasa dalam banyak-banyak kunjungan pelawat, mungkin ada yang berkenan untuk mencuba. Segalanya mungkin. Sekiranya anda nak tambahkan ilmu yang sedia ada, sekarang ni sangat mudah. Ebook panduan menjahit baju banyak sekarang ni. Kalau anda nak mencuba, boleh la klik pautan dibawah ni. Mana tahu ada ilmu yang anda cari selama ni ada dalam ebook ni.

–> Panduan Menjahit Baju

Daripada sumber yang saya kongsikan diatas, saya sedar akan satu perkara. Senangnya buat duit dari blog. Tak rugi buat blog dan tak rugi habiskan masa untuk blog. Sentiasalah berdoa dan jangan sesekali lupa pada-Nya. InsyaAllah sejahtera hidup anda semua.

Kehidupan ni, semakin hari semakin mencabar. Semakin hari semakin berubah. Tak kan selamanya kita nak berada di takuk lama. Apa yang saya kongsikan ni hanyalah untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Kalau nak jadi kaya, saya rasa ini bukan caranya. Selamat membaca dan rajin-rajinlah komen di ruangan komen dibawah. Hehe.

16 thoughts on “Cara Buat Duit Part Time”

  1. salam. terima kasih kerana datang menjenguk blog saya. Ya. Salah satu income terbesar seorang blogger ialah melalui affiliate marketing. Bagi saya, yang itulah. Yang itu susah sikit pasal kerja kita nak mempromote. Cuma kena ada cara dia. Macam2 lagi sebenarnya. Adsense, Amazon aff, CPA offers, flippa, dan sebagainya. Masih sedang memantapkan diri. Salam perkenalan dari saya semua – Lily. :)
    LilyNrman recently posted…Top 7 Blogger Motivasi Pemasaran Internet Kegemaran SayaMy Profile

    1. Terima kasih atas perkogsian ni..saya pun masih baru dalam dunia blogging ni. Masih banyak yang perlu saya pelajari..harap bantuan dari mereka yang berpengalaman amatlah saya hargai..adsense rasanya susah sikit..sebab saya tak pandai nak buat blog BI..

        1. Emm terima kasih Lily kerana memberikan saya maklumat tersebut..InsyaAllah saya akan singgah di bloggingjunction tu..mesti ni blog Lily jugak..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge