Category Archives: Buat Duit Di Rumah

Cara Senang Jahit Jubah Empire Cut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedang mencari cara senang jahit jubah Empire Cut?

Anda sedang berada ditempat yang betul jika YA jawapan anda.

Cara Menjahit Jubah Yang Betul
Sekadar Hiasan : Jubah Princess Cut

Oh ya. Sebelum saya ke perenggan yang seterusnya, saya ingin memohon sejuta kemaafan kerana sudah lama tidak mengemaskini laman Pondok Papan. Minta maaf, minta ampun kepada mereka yang setia berkunjung ke laman ini. Setahun yang lepas, banyak perkara yang terjadi. Daripada apa yang terjadi itulah, saya terasa agak malas untuk membuat sebarang kerja.

Akibatnya, saya telah berjaya dengan cemerlang meninggalkan blog Pondok Papan tanpa ada sebarang pengemaskinian.

Berbalik kepada tajuk.

Cara senang jahit jubah Empire Cut.

Betul ke ada cara senang untuk menjahit jubah Empire Cut?

Ya. Ada caranya iaitu dengan membeli panduan menjahit Jubah. Haha. Dalam dunia ni mana ada perkara yang susah. Betul tak? Kadang-kadang kesusahan itu wujud akibat daripada sikap berputus asa. Sikap malas yang membuak-buak. “Mindset” juga memainkan peranan yang amat penting.

Tapi betul la… Panduan Menjahit Jubah ada cara yang senang untuk membuat sehelai Jubah Empire Cut.

Review Of Ebook Panduan Menjahit Jubah

Didalam panduan menjahit jubah, ada 5 bab semuanya. Dan setiap bab itu mempunyai jalan cerita yang berbeza.

cara senang jahit jubah
Screen Shot : Review Copy Panduan Menjahit Jubah

Ditunjukkan cara untuk menyiapkan sehelai jubah. Pendek kata, dari A sampai Z ilmu berkenaan dengan menjahit jubah ada didalam panduan ini.

cara senang jahit jubah
Secebis ilmu yang terdapat dalam panduan menjahit jubah…

Sebab itulah… Kalau nak senang jahit jubah Empire Cut, kena dapatkan eBook Panduan Menjahit Jubah ni. Tambahan pula, hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Elok sangat kiranya anda bermula dari sekarang untuk belajar membuat sehelai jubah.

Dan tidak mustahil, apabila sudah ada asasnya, anda mampu menyiapkan design-design jubah citarasa sendiri. Semua itu tidak mustahil. Selagi ada daya, selagi itulah kita mampu mencipta.

Apa yang penting, tepuk dada, tanyalah selera.

Oh ya. Kepada mereka yang teringin untuk mendapatkan Review Copy Panduan Menjahit Jubah, boleh emel saya di : pondokpapan[@]gmail.com.

Maklum aje la. Kita mempunyai citarasa yang berbeza. Sebelum membeli ebook Panduan Menjahit Jubah, boleh tengok review copynya terlebih dahulu. Jika berkenan, boleh terus membelinya.

Ye dak???

KLIK >>> Panduan Menjahit Jubah

Jual Tart Di Bazar Ramadan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Hari ini merupakan hari yang kelima umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sekejap  sahaja masa berlalu. Sedar ataupun tak, dah masuk hari yang kelima.

Macam mana dengan amal ibadah yang anda lakukan? Semoga perkara baik yang anda lakukan dibulan puasa akan digandakan pahalanya. InsyaAllah.

Berbalik kepada tajuk, jual tart di Bazar Ramadan.

jual tart dibazar ramadan
Jom belajar membuat tart

Sepertimana yang kita sedia maklum, bulan puasa merupakan bulan untuk menambah kita sumber kewangan keluarga. Banyak perkara yang boleh dilakukan di bulan Puasa untuk menambah pendapatan keluarga. Salah satu perkara yang suka sangat dilakukan ialah berniaga di Bazar Ramadan.

Secara logiknya, kalau saya kira congak, banyak keuntungan yang diperolehi oleh peniaga-peniaga di Bazar Ramadan.

==================================

Sebagai contoh :

Keuntungan sepetang (RM300) x Hari berniaga (28 Hari) = RM8,400

==================================

Itu anggaran kasar bagi seorang peniaga yang berniaga di Bazar Ramadan.

jual tart dibazar ramadanSebab itulah saya bangga melihat perwatakan orang yang berniaga. Baik dipasar malam ataupun di Bazar Ramadan. Selamber tetapi makan dalam. Kerja tak pernat. Tak sampai 8 jam sehari. Tapi keuntungan, berlipat kali ganda daripada kerja makan gaji.

Inilah kelebihannya bekerja sebagai seorang peniaga.

Masih belum terlambat lagi untuk anda menjadi seorang peniaga. Sepenuh masa ataupun separuh masa. Dikesempatan yang ada, saya ingin kongsikan dengan anda semua.

Panduan TERBAIK untuk menghasilkan Tart sendiri. Bak kata orang puteh Homemade Tart.

Ok.

Apa yang anda dapat dalam panduan ni?

  1. Sudah tentu akan dapat belajar cara untuk membuat Tart yang sedap dan gebu.
  2. Diajarkan 3 jenis Tart yang paling digemari di Malaysia. (Tart Buah-Buahan, Blueberry Tart dan Tart Telur)
  3. Penerangan dalam bentuk Video. Dan secara logiknya pembelajaran melalui Video lebih mudah untuk anda fahami setiap langkah yang diajarkan.

Kenapa anda harus memiliki panduan membuat Tart ini?

  1. Tak payah susah-susah datang kelas bakeri. Tinggal anak dan suami kat rumah.
  2. Sambil belajar boleh sahaja kiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
  3. Tiada yuran pendaftaran untuk belajar membuat kuih Tart ini.
  4. Suami pun boleh belajar sama. Malah ibu mertua dan ibu sendiri pun boleh turut serta.
  5. Boleh buat Tart dengan kadar yang segera. Tak payah keluarkan modal beli dikedai.
  6. Dan banyak lagi kelebihannya.

Sila jenguk di laman ~~~> Panduan Cara Membuat Tart

Musim puasa, berniaga Tart dibazar Ramadan.

Musim dekat raya, terima pula tempahan daripada pelanggan.

Tidak bahagia lagikah apabila anda mahir membuat Kuih Tart???

Tepuk dada tanyalah selera.

Kepada mereka yang berkenan, yang teringin sangat untuk mencuba, boleh ke laman ~~~> Panduan Cara Membuat Tart.

InsyaAllah. Tak menang tangan jadinya.