Cerpen Rindu Bertemu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tiga hari meluangkan masa bersama anak tersayang masih belum mampu meleraikan kuntuman rindu di hatiku ini. Telatah si manja membuatkan diri ini terasa begitu bahagia sekali. Celoteh yang agak riang itu membuatkan suasana yang suram menjadi ceria. Gelak ketawa dan senda gurau sering menghiasi ruang dalam rumah tersebut. Sungguh berharga masa yang diperuntukkan untuk bersama anak tersayang. Aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana mengurniakan aku seorang anak yang periang dan bijak orangnya.

cerpen rindu
Sekadar Hiasan

Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga amat berat untuk dipikul. Walaupun sering kali ia dilihat sebagai perkara yang amat mudah. Bak kata orang, lihatlah isi bila hendak membeli buku. Jangan pandang luaran sahaja dan terus membuat penilaian. Walaupun aku seorang yang suka memendam rasa, namun aku juga ada perasaan. Setiap pertolongan tak dipinta pembalasan, cukup sekadar meluahkan ucapan terima kasih.

“Ayahhhh!!!”

Lamunan aku terus terhenti. Lamunan yang mengingatkan aku pada kenangan lalu. Sungguh menyedihkan dan amat sukar untuk dilupakan.

“Ya adik nak apa?” Soal aku sambil merenung mata si manja. Alangkah tenangnya hati aku bila melihat wajah si manja. Tenang dan setenang air dilautan.

“Adik lapar. Adik nak makan nasi dengan kicap.”

“Nasi kicap ekk. Ok jom ayah sediakan.” Balas aku dengan sedikit senyuman sambil memimpin tangan si manja ke dapur.

Tiada makanan yang paling mengenyangkan bagi aku kecuali dengan melihat si manja makan. Berselera walaupun hidangan itu cuma berlaukkan ikan rebus digaul dengan kicap. Sama seperti aku sewaktu kecil dahulu. Ini adalah antara makanan kegemaran.

Ya Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan aku dengan pemberian yang sungguh istimewa ini. Si manja terus makan dengan kusyuknya. Sekali sekala aku mencubit isi ikan untuk dijadikan lauk buat si manja.

“Makan perlahan jer dik.” Tegur ku sambil tangan mengusap kepala si manja.

Sudah lama aku tidak merasai kebahagiaan sebegini. Selepas pemergian isteri tersayang, aku terasa kehilangan segala-galanya. Sedangkan aku terlupa satu perkara. Tanda cinta perkahwinan kami. Si anak yang semakin hari semakin membesar membuatkan aku terasa sayu untuk menceritakan segala kenangan aku bersama si ibunya. Kenangan semasa si anak dalam kandungan, kenangan sewaktu isteri terseliuh dek kedegilan sendiri, dan bermacam-macam lagi kenangan yang akan aku bukukan dalam taman hati ni.

Semoga Allah menempatkan isteri aku bersama orang-orangĀ  yang beriman. Usia anak yang kecil ditambah pula dengan keadaan kerja aku yang tak mengikuti masa, membuatkan aku terpaksa merelakan semua ini berlaku. Syukur ada ibu dan ayah yang mampu dan sanggup menjaga si anak kecil ni. Sebulan sekali duit dimasukkan ke akaun mereka sebagai tanda penghargaan dan pemberian ikhlas atas pengorbanan mereka selama ini.

Aku tahu aku bukan seorang ayah yang baik. Bukan seorang ayah yang mampu memikul tanggungjawab dengan sempurna. Namun jauh disudut hati, aku sentiasa mengharap. Suatu masa nanti aku akan sentiasa berada di sampinganya. InsyaAllah. Aku hanya merancang, tuhan sahaja yang menentukan.

*******************************************

5 thoughts on “Cerpen Rindu Bertemu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge