Kali Terakhir Kulihat Wajahmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kali terakhir kulihat wajahmu adalah tajuk lagu Uji Rashid. Lagu memainkan peranannya yang tersendiri dalam mencorakkan emosi dan perasaan. Lagu merupakan warisan yang telah lama dan tak kan pupus sampai bila-bila pun. Lagu dan irama tak boleh dipisahkan.

Emosi saya, perasaan saya sejak dua menjak ni agak terganggu sedikit. Entah kenapa terasa dugaan hidup semakin hari semakin memuncak. Mungkin ini proses untuk mematangkan diri saya. Setiap permasalahan yang timbul, kita kena bijak dalam membuat penyelesaian. Tetapi, masalah yang melibatkan perasaan sukar untuk diselesaikan.

Manusia mana yang tidak mempunyai masalah kan? Manusia mana yang tak pernah diuji dalam hidup kan? Ujian yang diberikan sekiranya diterima dengan hati terbuka, redha, mesti manis akan terasa. Walaupun hakikatnya pahit itu satu kemestian. Masalah dalam keluarga, masalah kerja, masalah perhubungan dan segala bagai lagi memang mempercepatkan proses penuaan.

kali terakhir kulihat wajahmu
Kehidupan itu sukar untuk diduga

Tekanan itu adalah musuh kepada kejelitaan. Senyuman itu adalah penawar tekanan. Berapa kerap sahaja manusia yang mampu mengharungi tekanan dengan muka yang selamber? Dengan senyuman lebar terukir diwajah? Berapa kerap sahaja manusia yang mampu hidup dalam hipokrit? Hipokrit dalam melawan pergolakan perasaan.

Mungkin dengan mendiamkan diri seketika adalah satu jalan yang terbaik. Mungkin juga dendangan lagu memberikan kita keselesaan. Walau apa pun cara kita, pilihan kita tetap sama. Dendangan lagu merupakan perawat tekanan yang agak baik waktu ni. Dalam menguruskan tekanan hidup, ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya adalah :-

  1. Baca Al-Quran, zikir dan selawat serta memohon pertolongan dari Allah.
  2. Fikiran sentiasa kena positif.
  3. Sentiasa mengingati Allah kerana setiap yang berlaku adalah ketentuan dan ujian dari-Nya.
  4. Cuba untuk tidak berfikir kepada masalah tersebut.
  5. Ambil masa untuk bersendirian dan sekiranya perlu, pergi ke pantai untuk menghirup udara segar.
  6. Bersenam atau berjoging.
  7. Berkongsi masalah dengan pasangan ataupun mereka yang boleh dipercayai.
  8. Minta nasihat dari mereka yang lebih tua dari kita.
  9. Cuba untuk mengukirkan senyuman dikala fikiran tengah kusut. Senyum itu satu ibadah.
  10. Sekiranya menangis itu lebih baik, maka menangislah.
  11. Sebelum tidur, musahabah diri. Kenal diri sendiri dan cuba untuk memaafkan orang lain seikhlasnya.

Ok sedikit panduan yang mampu saya kongsikan. Panduan ni kadang kala ada yang saya amalkan. Kadangkala tak menjadi juga. Pucuk pangkalnya, hati mesti kuat. Azam dan semangat kena tinggi. Jangan letakkan diri dalam kesenangan. Sekali sekala letakkan diri dalam kesusahan. Kesusahan itu mengajar erti kehidupan. Kesusahan itu santapan rohani yang paling sempurna.

Manusia tak kan selamanya nak hidup dalam dunia hipokrit. Kadang-kadang kita sebagai manusia kena bersikap sedia. Get ready for lifestyle. Sekiranya ada yang ingin berkongsi perkara yang berkaitan dengan artikel ni, boleh lah berkongsi diruangan komen dibawah.

2 thoughts on “Kali Terakhir Kulihat Wajahmu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge