Kerja Part Time Untuk Budak Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Awak, ada kerja part time untuk budak sekolah?”

kerja part time secara online
Gambar : Kerja Part Time Di Rumah

Alamak. Budak sekolah pun nak cari kerja part time ye? Setahu saya, jarang sangat la kalau nak jumpa budak sekolah nak buat kerja part time ni. Melainkan mereka yang betul-betul faham betapa perit dan sukarnya mendapat 1 sen hasil titik peluh sendiri.

Zaman saya sekolah dulu pun, memang tak suka kerja part time. Memang tak berminat langsung untuk mencari wang poket sendiri. Yer la. Masa tu zaman belajar lagi. Tak payah nak fikir sangat tentang hal-hal kewangan kerana semuanya ditanggung beres oleh mak ayah.

Tapi bila dah habis belajar, memang tertekan sikit untuk mendapatkan wang saku sendiri. Nak minta dengan mak, memang susah.

“Ko ni… Kalau nak duit kerja la.”

Memang macam ni lah selalunya bila saya minta duit.

Sehari dua ok lagi. Tapi bila dah lama memang makan hati sampai ke tulang sum-sum jauhnya. Haha.

Kepada mereka yang mencari kerja part time, terutamanya budak sekolah, memang saya respect sangat-sangat. Semangat yang korang tunjukkan ini tak semudah yang disangka.

Ok. Dibawah ni, senarai kerja part time yang boleh saya kongsikan. Selebihnya korang fikir dan buatlah keputusan dengan bijak.

  1. Bisnes burger. Kerja part time yang halal lagi mulia.
  2. Buat duit dengan blog. Tak tahu cara nak buat, tengok panduannya di SINI.
  3. Bisnes putu. Tak kiralah putu bambu ataupun putu piring dan pelbagai lagi jenis putu. Asalkan korang jumpa resepi putu bambu yang gebu dan enak, itu dah cukup memadai untuk korang berjaya menjadi usahawan putu.
  4. Kerja di rumah. Yang ni saya rasa tak sesuai untuk budak sekolah. Tapi tak apa. Korang baca dulu artikel yang bertajuk Kerja Sambilan Dirumah. Sekiranya berminat, boleh la mencubanya.
  5. Banyak lagi. Tapi cukup dah tu. Banyak-banyak nanti pening pula korang nak memilihnya.

Semua yang dinyatakan di atas, ada yang sesuai dan ada yang tak. Tepuk dada tanyalah selera.

Cuma satu jer saya nak pesan. Bila dah kerja part time nanti, jangan dilupakan pada tugasan sekolah. Ilmu di sekolah sangat penting. Jangan disebabkan oleh keseronokan kerja part time, kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar.

Kelak, diri sendiri yang rugi.

17 thoughts on “Kerja Part Time Untuk Budak Sekolah”

  1. Sebenarnya memang ada pelajar sekolah buat part time. Unit kaunseling pernah buat serbuan, didapati ada pelajar sekolah rendah buat part time dalam kelas.

    Sekarang ni kalau kita perasan budak2 suka pakai gelang getah yang warna warni. Mereka buat sendiri. Beli bahan mentah sekotak tu dalam RM50. Bila dah dianyam cantik dan dijual satu harganya antara RM3-RM10 dapat la pulangan modal dan keuntungan sehinga lebih RM150.

    Cikgu pun terkejut tau.. Tapi apakan daya, di sekolah bukan tempat berniaga. Terpaksa la dirampas barangan tersebut. Duit keuntungan tu pulang balik pada pelajar tadi. Kesian juga tengok mereka. Cuma pesan pada mereka nak berniaga, buatlah waktu luar persekolahan tak apa.
    Cikgu Hairul recently posted…Siasat Dalang Kebocoran Soalan UPSR Sains 2014My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge