Jana Pendapatan Sampingan Dengan Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat petang saya ucapkan kepada semua rakan pembaca sekalian. Di harap petang yang indah ini akan mengukirkan seribu kenangan dan peristiwa manis untuk anda semua. Petang-petang yang indah ni, minum petang dengan hidangan cempedak goreng sungguh enak sekali.

Apa itu Jobdirumah? Kebanyakan mereka masih belum mengetahui apakah program Jobdirumah ini. Sebenarnya program ini telah lama wujud tetapi kita sebagai pengguna baru  dalam dunia internet masih lagi belum fahami apakah makna sebenar disebalik nama Jobdirumah ni. Kepada mereka yang telah lama berkecimpung dalam program ni, tahniah saya ucapkan. Anda memang beruntung kerana pandai mengambil peluang yang terhidang.

Jobdirumah adalah satu platfon untuk memberi pekerjaan kepada insan yang memerlukan. Ia menawarkan kerja tetapi bukan kerja milik sendiri. Sebagai contoh yang mudah anda fahami, Jobdirumah di ibaratkan sebagai orang tengah yang menjadi perantara antara syarikat dan pencari kerja. Jobdirumah adalah program yang boleh dipercayai kerana saya sendiri telah pun menyertai program ini. Sehingga sekarang masih lagi saya mendapat komisen daripada program Jobdirumah.

Peluang kerja yang ditawarkan dalam program ni antaranya review blog, review laman web, typing, convert file, typing dan sebagainya. Ia bergantung kepada kemampuan dan tahap kemahiran yang anda miliki. Anda boleh membuat pilihan dan memohon mengikut minat serta keupayaan korang. Jangan sesekali memohon kerja yang anda sendiri tidak pasti tahap kemampuan diri anda. Ia boleh menjejaskan prestasi kerja anda bersama syarikat yang menawarkan anda perkerjaan.

Untuk mendapatkan rujukan dan panduan bagi menyertai program ini, anda perlu mendaftar di laman Jobdirumah dengan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM50.00 seumur hidup. Duit pendaftaran ini, pihak jobdirumah akan menggunakannya sebagai pembayaran utiliti kerana menyediakan panduan yang lengkap untuk anda semua.

Untuk memohon pekerjaan tersebut, caranya senang sahaja. Selepas selesai mendaftar di laman Jobdirumah, emel pengesahan akan dihantar ke dalam emel anda. Ikuti arahan yang diberikan. Selepas itu, anda boleh mengakses laman jobdirumah dengan menggunakan akaun anda sendiri.

Dalam laman tersebut, klik pada bahagian senarai kerja. Dalam ruangan senarai kerja ini, terdapat banyak iklan kerja kosong yang perlu dipilih dan dipohon oleh anda semua. Dinyatakan juga berapa harga yang akan anda perolehi untuk setiap kerja tersebut. Anda berkenan dengan tawaran kerja tersebut, sila klik butang Apply.

Anda boleh membaca dengan lebih terperinci selepas anda mendaftar di laman jobdirumah.

Klik — >> Daftar Sebagai Pencari Kerja di Laman Jobdirumah.

Kenali Program Jobdirumah
Program Jobdirumah

Peluang hanya datang sekali. Anda tidak berani untuk mencuba sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya dengan program Jobdirumah ini. Bila sudah lalui detik-detik kejayaan, barulah anda akan sedar satu perkara. Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Masalah sara hidup yang semkin mencengkam jiwa membuatkan hati saya berani untuk mencuba program ini. Alhamdulillah. Saya mampu tersenyum gembira sampailah ke hari ini.  Pengalaman mendewasakan. Untuk mendapatkan pengalaman itu, banyak pengorbanan yang terpaksa anda semua korbankan.

Syarat-syarat lain untuk berkerja dengan syarikat yang ada dalam Jobdirumah adalah :-

  1. Mempunyai asas komputer & internet
  2. Mempunyai kemahiran dalam menggunakan Microsoft Office (Words & Excel)
  3. Boleh menulis, membaca dan memahami Bahasa Inggeris
  4. Mempunyai komputer/laptop
  5. Mempunyai talian internet
  6. Berumur 18 tahun keatas
  7. Boleh bekerja tanpa pengawasan

Daftar sekarang dan selamat menjana pendapatan sampingan melalui program ini.

–>> Jana pendapatan melalui program jobdirumah sekarang.

Sekiranya anda masih ragu-ragu dengan program ini, sila klik pautan dibawah. Mungkin persoalan anda berkenaan dengan program Jobdirumah ini akan terjawab.

–>> Testimoni pelanggan jobdirumah

–>> Contoh Mereka Yang Sudah Berjaya

Selamat Datang Ke Blog Pondok Papan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat malam di ucapkan kepada rakan pembaca sekalian. Malam yang dingin, ditambah pula dengan suara sang cengkerik membuatkan suasana malam sungguh indah sekali. Tidak sunyi dan sungguh selesa. Artikel yang ditaip dalam blog Pondok Papan terasa begitu penuh perasaan sekali. Bagaimana pula dengan malam anda semua? Harapnya penuh dengan suasana yang sangat romantik.

selamat datang pondok papan
Kredit : Google

Selamat datang ke blog pondok papan. Ucapan alu-aluan pertama diluahkan untuk mengalukan kedatangan pembaca ke sini. Setelah sekian lama perasaan ingin membina blog dipendamkan, akhirnya malam ini ia menjadi kenyataan. Alhamdulillah saya bersyukur kerana di murahkan rezeki. Tawaran yang diberikan untuk saya bagi mendapatkan domain percuma selama setahun daripada Syarikat Ejoesolutions sangatlah saya hargai. Terima kasih pihak EjoeSolutions.

Pengisian untuk dimuatkan di halaman blog ini adalah berkisar tentang buat duit di rumah atau bahasa lain dipanggil buat duit online. Setakat ini hanya ada beberapa artikel sahaja yang bakal menyusul. Sekiranya diberikan keizinan akan saya perbanyakkan lagi artikel dari masa ke semasa.

Setakat ini sahaja untuk malam ini. Artikel pendahuluan untuk mengecapi sebuah kejayaan yang sangat besar dan bermakna dalam hidup saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Buat Duit Di Rumah