Resepi Ayam Masak Black Paper

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat malam semua. Alhamdulillah malam ni malam yang penuh dengan keceriaan. Bunyi sang cengkerik memecah suasana malam yang sunyi. Petanda cuaca untuk keesokan harinya agak baik. InsyaAllah. Tapi satu sahaja perkara yang mengganggu emosi. Cerita dalam TV tiada yang menarik. Mujurlah ada blog Pondok Papan.

Ok malam ni saya nak kongsikan menu hidangan yang ringkas dan dan sedap. Nanti ada masa anda boleh mencubanya di rumah. Mungkin selepas anda mencuba menu saya, akan ada penambahbaikan pula pada resipi Ayam Masak Black Paper. Nanti boleh kongsi-kongsi dengan saya juga.

ayam masak black paper

Resipi Ayam Masak Black Paper :-

  1. 2 ulas bawang merah yang dikisar
  2. 3 ulas bawang putih yang dikisar
  3. Sebiji bawang besar yang dipotong
  4. Satu sudu besar sos tiram
  5. Satu sudu kecil serbuk lada hitam
  6. Ayam di potong kecil-kecil
  7. Kicap kipas udang

Cara menyediakan hidangan Ayam Masak Black Paper :-

  1. Goreng ayam yang di potong kecil tadi. Goreng separuh masak sahaja.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih. Apabila tumis tersebut naik bau (bau harum), dicampurkan sos tiram dan serbuk lada hitam.
  3. Gaul sehingga rata dan masukkan ayam.
  4. Gaul rata dan masukkan kicap serta sedikit air.

Sekarang siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba. Seandainya ada perkara lain lagi yang perlu ditambah lagi untuk menyedapkan menu ni, sila kongsi diruangan komen di bawah.

6 thoughts on “Resepi Ayam Masak Black Paper”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge