Susah Menjahit Baju Sebenarnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Susah menjahit baju kan?

Salah satu soalan yang ditanya oleh rakan saya kelmarin. Sebenarnya tidak susah untuk menjahit baju. Kadang kala kesabaran itu haruslah menjadi keutamaan apabila menceburi bidang jahitan ni. Kesabaran itu menjadi satu titik yang penting untuk kita berjaya menguasai ilmu jahitan dengan sempurna.

susah menjahit baju kan?
Sekadar hiasan : Google images

Tak Susah Menjahit Baju Sebenarnya

Bukan sahaja dalam bidang jahita kesabaran itu diperlukan. Malah setiap aspek dalam kehidupan kita juga, kesabaran itu harus ada. Menjahit memerlukan kepada ketelitian dan kekemasan. Barulah hasil yang diperolehi memuaskan hati.

Menjahit juga tidak dituntut untuk kita melakukan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.

Terutama sekali kepada mereka yang telah membeli Panduan Menjahit Baju yang telah saya kongsikan dalam artikel-artikel yang lalu.

Pelaburan yang anda lakukan itu seharusnya berbaloi. Seharusnya anda mampu menjana keuntungan daripada pelaburan yang telah anda lakukan.

RM50 untuk senaskah panduan. Walaupun nilai itu kecil dimata anda, namun besar ertinya bagi mereka yang hidup dalam kesempitan wang ringgit. Jangan sesekali menyesal dan mudah berputus asa dengan apa yang telah anda laburkan.

Sebaliknya berusahalah dengan gigih agar kejayaan itu akan anda perolehi. Mungkin bulan hadapan, mungkin juga tahun hadapan. Sentiasalah berusaha agar anda mampu menguasai ilmu jahitan dengan sempurna.

kisah belajar menjahit baju
Contoh ukuran pada baju

Musim raya bakal tiba tidak lama lagi. Gunalah masa yang ada sekarang ini dengan sebaik mungkin. Permulaan ni, belajar dulu menjahit baju anak-anak. Ataupun baju suami tercinta. Perlahan-lahan. InsyaAllah. Rezeki tak kan kemana.

Apabila berjaya menyiapkan sehelai baju, minta pandangan daripada mereka selaku pemilik baju tersebut. Adakah berpuas hati ataupun ada lagi kelemahan yang harus diperbaiki.

Tidak susah bukan?

Kebanyakan tukang jahit akan tersenyum lebar apabila tibanya musim perayaan. Bulan REZEKI bagi penjahit baju sekalian. Mana tak nya. Sebagai contoh :

Harga upah sehelai Baju Melayu – RM40.
Kos untuk menyiapkan sehelai Baju Melayu – RM15.
Keuntungan sehelai Baju Melayu yang siap – RM35.

RM35 untuk seorang pelanggan. Kalau sebulan ada 10 orang pelanggan, dah ada keuntungan sebanyak RM350. Dan kos untuk menyiapkan 10 helai Baju Melayu mungkin dapat dikurangkan menjadi RM10. Ataupun RM5 sehelai.

Saya pernah membuat perbandingan. Kualiti sehelai Baju Melayu yang dibeli dengan harga RM40 berbanding dengan mengupah tukang jahit RM40.

Jauh lebih berkualiti apabila mengupah tukang jahit. Lagipun, kekemasan dan ketahanan jahitannya boleh tahan lama. Pelaburan yang saya buat, tersangatlah berbaloi.

Jadi, untuk mereka yang sudah mendapatkan Panduan Menjahit Baju, teruskan berusaha. Jangan mudah berputus asa.

Kepada mereka yang ingin mencuba Panduan Menjahit Baju, boleh klik pautan dibawah ini.

beli
Apa tunggu lagi???

~~~> Panduan Menjahit Baju

Belajarlah menjahit dari sekarang untuk masa depan yang lebih terjamin. InsyaAllah.

6 thoughts on “Susah Menjahit Baju Sebenarnya”

  1. sy dah lama nak belajar jahit baju sendiri..tapi tangan ni macam ‘keras’ sgt utk menjahit..dah cuba skit2..tp xmenjadi…bila mil sy ajarkan, nampak mudah tp still xjadi bila buat sendiri…mungkin kena masuk kelas menjahit juga kot..hehe..insyaAllah..dapat pandai jahit baju sendiri pun cukuplah..
    Kaki Pelangi recently posted…APA ITU HEPATITIS?My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge