Tag Archives: ebook panduan menjahit

Cara Senang Jahit Jubah Empire Cut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sedang mencari cara senang jahit jubah Empire Cut?

Anda sedang berada ditempat yang betul jika YA jawapan anda.

Cara Menjahit Jubah Yang Betul
Sekadar Hiasan : Jubah Princess Cut

Oh ya. Sebelum saya ke perenggan yang seterusnya, saya ingin memohon sejuta kemaafan kerana sudah lama tidak mengemaskini laman Pondok Papan. Minta maaf, minta ampun kepada mereka yang setia berkunjung ke laman ini. Setahun yang lepas, banyak perkara yang terjadi. Daripada apa yang terjadi itulah, saya terasa agak malas untuk membuat sebarang kerja.

Akibatnya, saya telah berjaya dengan cemerlang meninggalkan blog Pondok Papan tanpa ada sebarang pengemaskinian.

Berbalik kepada tajuk.

Cara senang jahit jubah Empire Cut.

Betul ke ada cara senang untuk menjahit jubah Empire Cut?

Ya. Ada caranya iaitu dengan membeli panduan menjahit Jubah. Haha. Dalam dunia ni mana ada perkara yang susah. Betul tak? Kadang-kadang kesusahan itu wujud akibat daripada sikap berputus asa. Sikap malas yang membuak-buak. “Mindset” juga memainkan peranan yang amat penting.

Tapi betul la… Panduan Menjahit Jubah ada cara yang senang untuk membuat sehelai Jubah Empire Cut.

Review Of Ebook Panduan Menjahit Jubah

Didalam panduan menjahit jubah, ada 5 bab semuanya. Dan setiap bab itu mempunyai jalan cerita yang berbeza.

cara senang jahit jubah
Screen Shot : Review Copy Panduan Menjahit Jubah

Ditunjukkan cara untuk menyiapkan sehelai jubah. Pendek kata, dari A sampai Z ilmu berkenaan dengan menjahit jubah ada didalam panduan ini.

cara senang jahit jubah
Secebis ilmu yang terdapat dalam panduan menjahit jubah…

Sebab itulah… Kalau nak senang jahit jubah Empire Cut, kena dapatkan eBook Panduan Menjahit Jubah ni. Tambahan pula, hari raya bakal menjelma tidak lama lagi. Elok sangat kiranya anda bermula dari sekarang untuk belajar membuat sehelai jubah.

Dan tidak mustahil, apabila sudah ada asasnya, anda mampu menyiapkan design-design jubah citarasa sendiri. Semua itu tidak mustahil. Selagi ada daya, selagi itulah kita mampu mencipta.

Apa yang penting, tepuk dada, tanyalah selera.

Oh ya. Kepada mereka yang teringin untuk mendapatkan Review Copy Panduan Menjahit Jubah, boleh emel saya di : pondokpapan[@]gmail.com.

Maklum aje la. Kita mempunyai citarasa yang berbeza. Sebelum membeli ebook Panduan Menjahit Jubah, boleh tengok review copynya terlebih dahulu. Jika berkenan, boleh terus membelinya.

Ye dak???

KLIK >>> Panduan Menjahit Jubah

Cara Buat Duit Melalui Jahitan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang anda tahu bila sebut cara buat duit melalui jahitan? Sepertimana yang kita sedia maklum, ada beberapa perkara yang boleh kita buat duit dalam bidang jahitan.

Kalau susah sangat untuk menjana pendapatan dengan aktiviti menjahit, mana mungkin tukang jahit boleh buka kedai, mana mungkin tukang jahit boleh pakai kereta mewah-mewah dan pelbagai lagi kemungkinannya.

Semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan. Betul tak?

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan sampingan melalui bidang jahitan ialah :

  1. Menjual panduan menjahit baju.
  2. Mengambil upah menjahit baju.
  3. Membuat promosi “Durian Runtuh” – menawarkan perkhidmatan menjahit dengan harga upah yang terbaik.

Semenjak melibatkan diri dengan aktiviti menjual panduan menjahit baju, banyak juga pendapatan yang berjaya dihasilkan. Sepertimana yang dilampirkan di bawah.

cara buat duit melalui jahitan
Jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi membeli panduan menjahit baju di laman blog saya

Apa yang seronoknya jual panduan menjahit ni? Banyak yang seronoknya. Secara tidak langsung, saya dapat mempelajari ilmu menjahit. Dapat mengetahui asas menjahit pun dah kira bagus. Betul tak?

Bila dah pandai menjahit ni, macam-macam boleh buat. Pilih corak kain yang ada permintaan tinggi. Lepas tu jahit jadikan sepasang baju. Kemudian, jual pada harga yang anda suka. Itu lagi terbaik.

Dulu…

Memang tanam niat untuk mempelajari ilmu menjahit. Ingin jadikan bidang jahitan sebagai sumber pendapatan pertama. Tetapi disebabkan oleh tiada masa yang mencukupi, saya kuburkan dulu hasrat tersebut.

Sempena bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi, marilah sama-sama menjana pendapatan sampingan dengan mengambil upah menjahit baju. Boleh buat bekal untuk hari raya nanti.

Kepada mereka yang ingin mempelajari pelbagai teknik lain lagi dalam bidang jahitan ni, apa kata dapatkan panduan menjahit baju dibawah.

~~~> Panduan Menjahit Baju – Panduan Pelbagai

Di laman tersebut, anda pilih la sendiri. Panduan mana yang berkenan di hati. Ada jahit baju melayu, ada baju kurung moden, tradisional dan paling terbaik, ada juga panduan menjahit jubah.

Ok. Selamat membaca dan semoga terus maju dalam bidang jahitan.