Tak Susah Menjahit Baju

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman pertama belajar menjahit sungguh menyeronokkan. Pertama kali hati terasa untuk belajar adalah apabila melihat kejayaan rakan-rakan menjana pendapatan daripada aktiviti menjahit baju. Memang tidak dinafikan, sesiapa yang mempunyai ilmu jahitan akan merasai nikmat kesenangan. Salah satu cara untuk menambahkan pendapatan adalah melalui bidang jahitan.

menjahit baju
Kredit : Google Images

Sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk belajar menjahit. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba. Ada rakan-rakan menyatakan, bulan Ramadhan ni bulan rezeki. Awalnya saya agar sukar nak memahami. Selepas diberitahu secara terperinci, akhirnya saya mengakui yang bulan itu adalah bulan rezeki.

Permintaan untuk jahitan semasa bulan Ramadhan sangatlah memberansangkan. Ada yang kata sampai tak cukup tangan nak menyiapkan tempahan pelanggan. Teruja dengan kenyataan rakan-rakan, akhirnya saya bertekad untuk belajar menjahit. Waktu tu saya belum kenal dunia internet. Saya belum kenal perkataan yang di panggil “ebook”. Apa yang saya tahu, kalau nak belajar menjahit, kena belajar dengan orang yang pandai dalam bidang jahitan ni.

Susahnya waktu tu nak belajar menjahit. Nak belajar pun kena tengok masa dan keadaan. Cikgu yang mengajar pun kena ikut mood dia. Kalau mood dia stabil, seronok lah kita ni belajar. tapi sekarang masalah tu rasanya sudah tak ada lagi. Masyarakat kita hari ini dah mengenali apa itu “ebook” dan sudah mengenali dunia internet. Dengan adanya kemudahan sebegini, masalah seperti di atas dapat dielakkan.

Klik ~~> TAWARAN HEBAT AKHIR TAHUN – Beli 2 PERCUMA 2

Ada yang beranggapan belajar melalui media elektronik tak sama dengan belajar dengan mereka yang pakar. Namun dari satu sudut, kita haruslah melihat dari semua aspek. Aspek masa, keadaan, emosi dan sebagainya lagi. Dengan adanya ebook, bila-bila masa pun boleh belajar. Siang ataupun lewat malam, semua itu bukanlah halangan lagi.

Sekarang ni dah ada pelanggan yang menempah baju untuk dijahit. Itu belum sampai bulan Ramadhan lagi. Dekat nak raya lagi lah sibuk tukang-tukang jahit semua. Selain dari itu, kelebihan yang diperolehi dari ilmu menjahit ni, ia dapat menjimatkan kos. Nak buat baju untuk anak-anak tak perlu nak suruh tukang jahit buatkan. Kita reka, kita bentuk, kita ukur dan kita buatkan sendiri. Lebih memuaskan hati.

Kepada mereka yang masih belum menceburkan diri dalam bidang jahitan ni, masa sekarang adalah sangat sesuai. Dua bulan adalah satu tempoh masa yang agak lama untuk kita pelajari dan hadami ilmu berkenaan jahitan ni. Lepas tu, boleh la buka tawaran dan buat promosi melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya lagi.

Siapa kata duduk kat rumah tak boleh jana pendapatan? Tepuk dada tanya selera. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saat yang berharga tidak mungkin hadir untuk kali kedua. Dan masa itu emas. Masa juga tidak menunggu kita. Makin lambat kita bertindak, makin lambatlah hasil yang akan kita perolehi.

menjahit baju

Kredit : Panduan Menjahit Baju

Oleh itu, saya ingin memperkenalkan panduan dan cara belajar menjahit baju. Anda boleh pilih panduan mana yang anda inginkan. Harga yang ditawarkan agak berpatutan. Jangan tangguhkan lagi. Sila layari laman menjahit baju dibawah ini dan pilihlah panduan mana yang berkenan di hati.

–>> Dapatkan Panduan Menjahit Baju Sekarang Dengan Harga Yang Berpatutan.

9 thoughts on “Tak Susah Menjahit Baju”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge