Tentang Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tanggal 26 Januari 2013, lahirlah sebuah blog yang diberi nama blog Pondok Papan. Sebenarnya tiada sebarang keistimewaan berhubung dengan penubuhan blog Pondok Papan. Ianya adalah kerana rezeki semata-mata. Rezeki mendapat domain percuma daripada Syarikat EjoeSolutions selama setahun. Disebabkan itu, maka lahirlah blog yang diberi nama blog Pondok Papan.

Diawal penubuhan blog, saya mengalami sedikit masalah berhubung dengan pengisian yang perlu dimasukkan ke halaman blog Pondok Papan. Permulaannya saya bercadang untuk mewujudkan blog personal dan santai. Disebabkan ada beberapa faktor yang diambil kira, akhirnya saya membuat keputusan untuk mewujudkan sebuah blog khusus (Niche Blog).

Setelah berfikir semasak-masaknya, maka blog ini saya khususkan untuk buat duit di rumah. Antara faktor yang mendorong saya untuk mengambil keputusan tersebut adalah :-

  1. Tahap sara diri di Malaysia sekarang ini semakin hari semakin meningkat.
  2. Setiap perkara perlukan kos perbelanjaan.
  3. Untuk menjamin kehidupan keluarga saya terjamin suatu hari nanti.
  4. Untuk mengelakkan daripada bekerja dibawah tekanan emosi dan perasaan.
  5. Untuk saya merasa apa itu nikmat kemewahan.

InsyaAllah seandainya diberikan keizinan dari-Nya, blog Pondok Papan akan berada untuk tempoh masa yang agak lama dalam dunia blogging. Seandainya umur saya panjang, saya akan usaha blog Pondok Papan ni hingga mencapai sasaran sepertimana yang ingin saya perolehi. InsyaAllah, saya hanya merancang tuhan yang menentukan.

Akhir kata, selamat berkenalan buat semua rakan pembaca. Selamat berkenalan juga buat semua rakan blogger. Sekiranya ada tempat-tempat dalam blog ni menyalahi etika blogging, harap rakan pembaca sudi menegurnya. Selamat berkenalan dan selamat maju jaya buat semua rakan pembaca blog Pondok Papan.

” Blog Didahulukan, Pendapatan Diutamakan “

9 thoughts on “Tentang Saya”

    1. Terima kasih saudara kerana sudi singgah di pondok buruk ni..hehe..insyaAllah selagi ada masa dan waktu, amalan ziarah menziarahi blog kawan2 tak kan saya lupai..hehe

  1. Salam. Terima kasih kerna sudi berkunjung ke blog saya. ringkasnya, saya adalah salah seorang yg memang buat duit dari rumah dari tahun 2011. 2-3 bulan ni jer baru start blogging. saya belajar sendiri, tak ada ebook atau pun apa-apa guide, try n error.Lepas tu saya rasa dah penat, nak take a break kejap sampai hujung tahun. Hopefully tahun depan boleh mula balik dgn fresh idea.
    Merlyn Hasshim recently posted…Bagaimana nak membeli di lazada?free discount code voucher untuk digunakan hari iniMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Buat Duit Di Rumah